Bingkisan doa untuk yang sedang bercinta:
Ya Allah,
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Tetapi ya Allah,
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan miliku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewa
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah agar aku bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta,
Agarku bisa bahagia semula
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Ya Allah,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau maha mengetahui segala isi hatiku
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau maha mengetahui segala isi hatiku
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Ku pasrah kepadaMu
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Demi untuk mengelakkan terjurusnya aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Yang bisa menemani aku
Supaya aku dan dia sama-sama dapat melayari bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
nota untuk si dia:
"Saat ini aku menanti diri menjadi yang halal buatmu. Aku hanya ingin cinta yang halal di mata dunia dan akhirat"
ehem
ReplyDelete:)
Terbaik , aku baru break sehari lepas . Sekarang baru kau nk post ? LOL =.=
ReplyDeletezara; ehem3. hanya kau yg mengetahui heee
ReplyDeletehafaisy; sabar dear. allah temukan kita dgn org yg salah sblum kita jumpa yg betul2 tercipta utk kita
sgt panjang... tak mampu nak mengarang :')
ReplyDeleteaku suke babe!!!!
ReplyDeleteeny; baca juga dah seperi kamu doa bersama
ReplyDeletezul; kalau suka, sila lah like
besh2!!
ReplyDeleteoh! from u.t.pea... patutlah. haha!
ReplyDeleteamin ya rabbalamin..
ReplyDeletetake care dear sis,,,