BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 26, 2010

Lelaki yang perlu DIJAUHI

malas nak cakap banyak. kalau dah bercinta, hati jadi buta. eh bukan! kita yang buat diri kita buta sebenarnya. di bawah ini, tanda-tanda LELAKI YANG PERLU DIJAUHI. kalau ada tanda-tanda di bawah yang wujud dalam diri lelaki yang kamu cintai, haruslah dijauhi lelaki sebegitu. errr...terpulang kepada individu masing-masing. selamat bercinta!





TANDA-TANDA LELAKI YANG PERLU DIJAUHI:

1) TERBURU-BURU MENGAJAK BERKAHWIN

Baru je sebulan berkenalan, atau tak sampai sebulan kenal, tibe2 die berbicara tentang kahwin dan terus mengajak kamu bertunang dan terus berkahwin. konon2nya alasannya terlalu cinta dan takut kehilangan kamu. kalau lelaki yang benar2 jujur mahu jadikan kamu isterinya, dia mesti ingin mengambil masa yang agak lama untuk mengenal hati budi seterusnya mencari kerasian antara kamu. Makanya, mungkin dia terburu-buru kerana mempunyai maksud tersirat yang tidak kita ketahui niat buruknya. Berhati-hatilah!

2) KAYA DENGAN KATA-KATA MANIS

Perempuan memang mudah terpikat dengan lelai romantik dan suka berkata2 manis dan pandai menyusun ayat. Tapi, awas! Kata majalah Remaja - “Berwaspadalah apabila dia sering mengeluarkan kata2 segalanya hanya untuk kita berdua atau kita akan sentiasa bersama selamanya walau apapun yg terjadi.” wahai rakan2, jangan mudah sangat percaya kata-kata lelaki seperti, pandai memujuk rayu. Sebenarnya, lelaki yang pndai bermain kata mempunyai maksud yang tersirat. Di awalnya segalanya akan sentiasa lembut dan penyanyang, namun setelah hubungan semakin lanjut, barulah si dia menunjukkan taringnya dan memasang perangkap!

3) SIKAPNYA BERUBAH-UBAH

Si lelaki ini amat sukar difahami dan fikiran serta perlakuannya sering berubah-ubah. Kita tak dapat jangka setiap tingkah laku yg dilakukannya walaupun dalam masa yang singkat. Misalnya, di talian suara begitu ceria dan ceria untuk berjumpa, tapi menjadi masam dan berubah tiba-tiba apabila sudah berjumpa. Kamu juga rasa seperti tidak bebas dan tidak seronok, takut2 tersalah bicara dan melukakan hatinya. Jelas di sini, kamu tak jadi diri kamu sendiri tapi hanya memuaskan hati sebelah pihak sahaja.

4) TERLALU CEMBURU BUTA

Lelaki ini harus dihindar secepat yang boleh. Bukan apa, apabila cemburu menguasai diri, apa saja boleh si dia lakukan, termasuk memaki hamun dan menuduh tanpa usul periksa, sehingga boleh mendatangkan kecederaan pada mana-mana pihak. Si dia tidak akan peduli samada kamu rapat atau bermesra dengan temat rapat atau sesiapa sahaja. Kalau boleh, kamu hanya untuk dia dan setiap saat kamu mesti menghantar laporan kepadanya. Jika kamu terus setia dengan lelaki seperti ini, kelak memakan diri.

5) SUKA MERENDAH-RENDAHKAN KAMU

Lelaki yang suka merendah-rendahkan diri kamu seolah-olah tiada rasa hormat kepada kamu. Setiap apa yang kamu lakukan dan pakai, pasti mengundang rasa tidak kena pada si dia. Lebih teruk kalau kamu tidak ikut arahannya. Dia akan terus memperlekehkan dan mengancam aku. Lambat laun, kamu akan rasa terlalu merendah diri dan hilang keyakinan diri.

6) SUKAR MENERIMA PENOLAKAN

Si dia tidak akan sesekali menerima penolakan dari kamu. Jika kamu membantah kata2 dan keinginannya, dia tidak teragak-agak memarahi kamu dan memukul atau mencampak apa sahaja barang di sekitarnya. Lebih parah jika dia mula memukul kamu. Setiap perbuatannya tadi ditujukan kepada kamu, atas sebab kamu degil kerana tidak menurutinya. Kalau kamu terus berdamping dengan lelaki seperti ini, kelak kamu akan rasa seperti pak turut kepada lelaki ini.

7) GUNAKAN MATERIAL SEBAGAI GANTI

Apa sahaja yang kamu minta mesti si dia akan cuba penuhi. Namun, tanpa disedari, itu merupakan cara untuk mengikat dan memerangkap kamu. kononnya, si dia telah menyempurnakan apa kamu minta, dan kini gilitan kamu untuk menyempurnakan permintaan dia. Kamu perlu berhati-hati, jangan ingat dia terlalu baik, kelak memakan diri. Jangan2 termakan budi, dibalas body!




30 comments:

  1. huhu.. pernah jumpa lelaki kuat cemburu.. sesak betul nafas rasanya..

    ReplyDelete
  2. yup..sokong mira ...dulu my ex jeles tahap babun..sakit jiwe.. sekarang ni Alhamdulillah dah jumpe yang betul rasa serasi.. shuusshh..our secret..huhuhu

    ReplyDelete
  3. mira and mazlin: hahahha sama la. dlu ade ex psiko gilak jeles. wkakakaka


    ehem2. cik maz....secret eh? ahaks

    ReplyDelete
  4. ni tips ntuk org perempuan ni.. sibuk je naak komen gak.. ekekeke.. cuma nak ckp, paling x berkenan dgn no 7 tu.. kepada perempuaan, tolong laa ye jaga diri jgn saampai termakan budi..

    ReplyDelete
  5. pakcik gedik komen jugak? thanks sudi komen. wakakakka yer, setuju2 ahaks.

    ReplyDelete
  6. hmnn..aku pun slalu bicara manis kt awek aku tpi i2 mmang ikhlas untuknya...kesetiaan aku pada dia xprnah berbelah bagi tau...lgipun da nk 2tahun hubungan cinta aku dgn dia...aku akui mngkin ade skit sifat yg dikatakan neyra 2 ade pada aku..tpi sjujurnya aku xpnah sesekali nk berlaku jahat dan kecurangan terhadap gadis yang aku cintai...sbnarnya semua lelaki ade sifat mcm 2...percayalah..yang membezakan nya adalah kejujuran,kesetiaan dan kepercayaan dlm sesatu hubungan...

    ReplyDelete
  7. cik eyra : secret yang x brp nk secret ..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Rains; seuju!!!! kejujuran itu penting kan? ahaks

    maz, itu la. hanz sehat? heee

    ReplyDelete
  9. wOwwww..aku suke syira.thanks for the info. =)

    ReplyDelete
  10. aku suke part termakan body dibalas body...Wee~

    ReplyDelete
  11. sue; kau suka? aku lg suka. ramai plak like2 entry ni hahahahha

    zul; makan budi la bukan makan body

    ReplyDelete
  12. setiap lelaki mesti ada salah satu dari sikap nih
    kadang2 kita tak perlu menjauhi tapi kita perlu bantu mereka ubah sikap itu

    P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!

    ReplyDelete
  13. waa..hampir2 tertunang dgn lelaki yg br aje sy kenal..kononnye syg sgt kt sy..rupe2nye dia capai target nk kawen sblm umur 26..ceh..
    alhamdulillah, tak jd ngan dia.. =)

    ReplyDelete
  14. hati2 dgn lelaki... paling bahaya yang sweet talker....

    ReplyDelete
  15. point pertama tu. untuk org kapir ye la kot. ajaran Islam. kawen dulu bercinta kemudian.

    u get the point? im trying to say: melayu = kapir.

    ReplyDelete
  16. ouh. melayu=kapir ehh? so ko kapir la ehh? kapir mana ko ni? kapir israel ke kapir mesia? kapir israel boleh kena bunuh terus je. kalau ko kapir mesia, ko layak lagi la hidup kat atas muka bumi ni.

    ke ko ni bangsa mana ni? kalau ko bukan melayu, orang macam ko la yang memporak perandakan negara sebab buat suka tuduhan melulu.

    aku pun tak setuju jugak dengan point yg no 1 tu. tapi tak la sampai nak kata orang tu kapir ke, orang ni kapir ke.

    nak menegur orang, biar berhemah. jangan nak jadikan politik sempit mesia sebagai panduan ko untuk menghakimi orang.

    sebab politik mesia ni jijik. yang tu kapirkan yang ni, yang ni kapirkan yang tu. last2, sume dapat dosa memfitnah.

    ReplyDelete
  17. ahaha! demn! ingatkn tade org butthurt.. bagus! berjaya komen aku nih. komen aku bukan bertujuan menegur. lol.

    tapi ye. aku tak bangge lahir sebagai melayu. aku hanye bangge aku diajar ikut agama Islam. mekasih.
    marah betul nasih ni ye? mesti org melayu ni. lulz.

    oh! sori tuan punye blog aka junior cute! sbb jadikan blog ekau tempat eksperimen.

    ReplyDelete
  18. ehh. tu ko konsider butthurt? gila sensitif jiwa raga tak-bangga-jadi melayu ko ehh. haha.

    ko tak bangga lahir jadi melayu, sila umumkan kat tv3. ko bereksperimen kat sini takde guna bro. sebab tu tanda ko nk tunjuk hebat kat junior ko je. kalau betul tak rasa bangga jadi melayu, ko boleh berekesperimen kat peringkat nasional, nak tengok betapa beraninya ko tuh. haha

    ReplyDelete
  19. @ururules kalau salah benar pun la bercinta dulu sebelum khawin, dia takkan jatuh kafir ye tuan..
    tapi fasik mungkin.

    so kesimpulannya bukan kafir, tapi fasik. tuan silap taip tu.
    dan kaum bukan penentu agama seseorang.

    eh tiba2 thread pasal cinta' chenta jadi perang pulak~

    ReplyDelete
  20. hukaloh.
    apehal la nak berperang lak.
    relaks suda.

    ReplyDelete
  21. @nasih
    ahahaha! butthurt.

    @syafiq.net
    benar cakap tuan. tapi aku tak penah cakap pun kalau dia bercinta dulu dan kahwin kemudian sebagai akan jatuh kufar. yg aku cube sampaikan adelah ideologi yg org melayu bawa itu ideologi kafir. tradisi org kafir. so what part of it is fasik when it is actually led by kufar. someone may come to be a fasiq by it. becoz it is led by a kufar. yes?

    @sickchild
    tak perang. sile urut @nasih. dia butthurt sebab dia melayu. lgpun i know author buat entry based on general opinion. so religious terms and other opinion may come into view in the comments blog kan.

    ReplyDelete
  22. @ururules
    tanda seseorang itu putus idea nak counterback adalah bila dia asyik mengulang2 benda sama.butthurt butthurt butthurt. sampai mati ko nak ulang perkataan tu pun aku tak kesah.

    orang lain yang baca pun tahu nilai aku butthurt ke tak.

    ya. ada ideologi yg orang melayu bawak tu ideologi orang kafir. sekarang bukan setakat bab bercinta je bawak ideologi kafir, tapi dari cara perintah negara sampai cara nak tangani jenayah pun tak pakai cara islam jugak.

    lain kali, nak letak sesuatu dakwaan, sila huraikan terus. jangan nak cari kontroversi dengan letak "melayu=kafir" je mula2, then lepas dapat komen orang lain baru nk explain.

    apa rasa bila mufti kata "takleh pakai jersi ada lambang setan." lepas tu dia senyap dekat nak sebulan, baru nak keluarkan huraian kenapa tak boleh pakai. mesti orang pun pelik kan, kenapa nak keluarkan kenyataan kontroversi tanpa explanation?

    the best way of communicating with other people is to provide them enough information before your statement is being misunderstood just because of lack of information by the info provider.

    ReplyDelete
  23. @ururules ok now i get it what u wanna say. memang betul apa yang @nasih kata tu tuan punya komen melayu = kapir tu terlalu pendek sampai aku pun tak paham apa yang tuan nak sampaikan sebenarnya.

    so dengan masalah tu akan datang permasalahan yang meminta penjelasan. itu je masalah entri ni. haha. tak besar pun

    @nasih dia kata tuan butthurt tu mungkin sebab komen pembalasan tuan tu kasar sangat kot :D macam terus nampak melatah. tapi ok la, melatah makna masih ada rasa sayang pada sesebuah perkara tu. :)

    @eyra aku rasa entri ni lebih kepada sikap berhati2 sebab perkhawinan bukan satu yang main2. betul tak?

    p.s sejak bila ko buat blog baru ni?

    ReplyDelete
  24. hello-hello.. nak comment gak cik neyra! hehe.
    well, setiap org ada pandangan masing-masing rite.. soal cinta ni setiap orang mempunyai pandangan yg berbeza2 sebab stiap apa yg kita lalui tak sama..

    for busyuk, thanks for sharing this. (I like komen budak nama Khai kt atas tu) ahakss :)

    ReplyDelete
  25. @nasih
    im not communicating. im experimenting. but u wudnt believe me. u said i've no idea to counter u back. okay. u can think as much. i wudnt deny your ability to counter comments. so.. do continue butthurting. hahahahaha!

    ReplyDelete
  26. urules ; baik ko gi wat entry baru kat blog kau lagi bagus

    ReplyDelete
  27. Salam...

    Secara asasnya, Islam tidak meletakkan bahawa cinta itu mesti selepas kahwin.. sbb cinta itu bukanlah sesuatu yang boleh dikawal.. jadi, belum tentu selepas berkahwin itu, hati akan dipenuhi perasaan cinta...

    cumanya... perbuatan2 yg mengiringi percintaan itu yg perlu dikawal.. cthnya bergayut lama2 di telefon sehingga menyusahkan mak ayah nak membayar bil.. berkhalwat, bercakap sesuatu yg menaikkan syahwat dsb... sbb semua perkara itu hanya layak dilakukan selepas bernikah...

    pengalaman cuma boleh dijadikan panduan, tetapi tak boleh digunakan untuk dijadikan hujjah.. contohnya.. pengalaman abang kita bercinta sebelum kahwin, akhirnya bila berkahwin rumahtangga porak peranda.. ataupun kakak kita bercinta selepas berkahwin, akhirnya hidup bahagia sampai ke tua... itu cuma pengalaman mereka sahaja.. boleh dijadikan panduan, tetapi tidak layak untuk dijadikan dalil dan hujjah... sbb setiap orang punya pengalaman berbeza... dan natijahnya juga berbeza...

    Bercinta selepas berkahwin bukanlah memberi makna bahawa selepas berkahwin itu baru boleh mula mengenal hati budi pasangan kita.. sedangkan Islam juga menggesa agar kita mencari pasangan yang soleh dan berakhlak mulia.. bermakna, kita kena kenal juga pasangan sebelum membuat keputusan mengikatkan dengan pernikahan...

    Apapun perkara dalam dunia ni, jangan melampaui batas.. tak cukup gula dalam badan pun boleh sakit.. terlebih gula pun boleh sakit juga.. kalau ditakdirkan bercinta sebelum berkahwin, maka bersederhanalah.. jangan sampai beria2 sangat.. yang akhirnya bila hubungan tu tak menjadi, kecewa sampai tertonggek..

    Kalau ditakdirkan bercinta selepas berkahwin juga, maka bersederhanalah.. agar apabila sesuatu terjadi dlm perkahwinan (pasangan meninggal ke, curang ke) maka kita masih lagi waras dan meletakkan iman dan akal di depan dalam setiap tindakan..

    WA

    ReplyDelete
  28. haha..
    1 pun xde kne mngene ngn aku..
    so aku lelaki yg boleh didekati..

    1. awek aku yg xsbr2 nk kawen..aku biase je..hehe..
    2. nk pjuk awek aku mrjuk pun ssh, ni kn plak nk kuar kata2 manis..
    3. sikap aku sentiasa same. sian awek aku..
    4. aku nk cemburu watpe, aku laki byk skandal..hahaha
    5. aku ske2 merendah2kn diri sendri..hehe, xcaye bleh tgk blk entri blog aku merendah dri..
    6. xksah pun klu sape2 nk reject aku. bleh cri len..
    7. material??haha..keje pun x lg, cmne nk pikat awek klu bende2 sendri pun xleh nk bli lg..

    ReplyDelete