rindu. apa itu rindu bagi kamu? tanya mereka,"Apakah makna rindu itu sebenarnya?". Rindu adalah meninggalkan yang majazi dan menggapai yang hakiki. Rindu adalah menyatukan segala takluk pada jasmani dan rohani. Rindu adalah segala keluh-kesah dan tunduk menyerah. Dan sekian banyak lagi nukilan jiwa tentang rasa yang menjalar itu. Namun tentunya, si perindu adalah terpelihara daripada cela nista,jika itu adalah pelukan daripada hadrat kekasihnya.
ada pertemuan, ada perpisahan, dan disinilah makna rindu itu memberi peranan. tapi, ada juga yang tidak bertemu, masih terasa rindu itu. tidak percaya? hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan rindu kita kepada orang yang tersayang. seberapa penting rindu itu tergantung kepada orang yang dirindui, dan seberapa lama rindu itu bertahan terhadap orang yang dirindui.
ada orang, walaupun jauh beribu batu sekalipun, masih berhubung untuk menghilangkan rindu. tapi, tuhan saja yang tahu perasaan itu bagaimana. siapa yang berdaya menahan rasa rindu? apabila rindu itu menyapa, sakitnya rasa yang menghimpit hati itu hanya yang merindui sahaja yang merasainya bukan?
rindu itu datang lagi
menyapa diri di kala sepi
melakar rasa di lubuk hati
wahai rindu mengapa menghimpit hati?
andai aku tahu ini rasa rindu
merindui si cinta hati yang dikasihi
menyayangi dia sepenuh hati
aku pasti mencari rindu itu dari dulu lagi
akan aku simpan rindu ini
terjalin rapi di tangkai hati
biar tersemat kukuh tidak berlari
merungkai segala kekeliruan hakiki
aku ingin engkau disini
menemani saat aku sepi
aku rindu setengah mati
tanpa kau di sisi
kadang aku lelah
kadang aku sedar
sakitnya menahan rindu
indahnya rasa rindu
aku hanya ada kamu
aku rindu
aku rindu
coretan rasa rindu
170111 : 0400
rindu ni , kadang2 ada depan mata pun rindu lagi..hahhaa
ReplyDeletehoh!
ReplyDeletebeliau berjiwang di pagi hari!
anne and zara, haishhh sesungguhnya hati ni dah tak tahan rindu. bukak lappy, berjiwang. hahahaha
ReplyDeletealangkah indahnya rindu itu jika diakhiri dengan pertemuan yang dinanti-nantikan...
ReplyDeletehaha.. siapa yang dirindu? misteri nih.. pagi2 dah jiwang
ReplyDeleteOrang cakap kalau nak hilang rindu kena jumpa - tipu ! , lepas jumpa, makin rindu .Hihi :P
ReplyDeletep/s: jiwangnyer cik eyra ni:P
amboi pagi2 dah berjiwang ekk
ReplyDeletejiwang nye ;p
ReplyDeleteRyan, saya masih mengharap
ReplyDeletemira; rindu yg tersayang
anem; saya tak jumpa lg rindu
abg suara; hahahha ye...
wah
ReplyDeletejiwangs ekk
hehehehe
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen