BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 8, 2011

bila masa berlalu...



bila masa berlalu...
susah untuk gambarkan ceritera yang sedang berlaku... 
kerana kita sendiri juga tidak tahu...
bagaimana untuk mengambarkan kisah itu...
biar hati ini sakit, biar hati ini pendam tanda tanya itu...
biar kasih dan cinta itu padam semua kisah lalu...
biar masa terus berlalu bawa semua ceritera itu...
biar aku pergi dengan masa yang berlalu...

maafkan aku hati, kerana terus biar kau disakiti...
maafkan aku kasih, biar saja aku mati...
maafkan aku kerana biarkan masa ini berlalu...





Friday, July 29, 2011

Berhenti mencari rindu



Aku berhenti mencari rindu
yang pernah kau titipkan kepekatan malam. 
Aku berhenti mencari rindu
yang pernah kau titipkan pada teriknya matahari.
Aku berhenti mencari rindu di pagi ketika embun.
Bercumbu dengan kabut, aku lelah.
Mencuba mengungkap hasrat hati, aku tak mampu.
Mengakui bisik hati, di hadapanmu.
Jadi aku berhenti untuk semua perjuangan yang tidak bererti ini.
Maaf, semoga kelak kau mengertil.

Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan Nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu.

untuk awak yang saya sayang dan cinta,
selamat malam, awak ♥




Tuesday, July 26, 2011

I wanna grow old with you



I wanna make you smile
Whenever you're sad
Carry you around when your arthritis is bad
All i wanna do, is grow old with you

I'll get you medicine when your tummy aches
Build you a fire if the furnace breaks
So, it could be so nice growing old with you,....

I'll miss you
Kiss you
Give you my coat when you are cold
Need you
Feed you
Even let you hold the remote control.

So let me do the dishes in our kitchen sink
Put you to bed when you've had too much to drink
Oh I could be the man that grows old with you
I wanna grow old with you.


Dear sayang, I wanna grow old with you....Insyaallah.




Thursday, July 14, 2011

Medicines and IV Drips


I.Dont.Like.This




Wednesday, July 13, 2011

Sebab mengapa anda perlu menjadi SINGLE


kalau bercinta perlu ke bangga? perlu ke menunjuk? tergedik sana sini bergesel macam kucing gatal antara satu sama lain? tahukah anda, jadi single adalah lebih cool dari couple? dibawah adalah antara sebab-sebab mengapa anda perlu menjadi single...

1. Bebas dan berdikari
Nak shopping ke, pergi mana ke tak payah fikir macam-macam. bila rasa bosan, terus pergi mana yang kita suka dan apa yang kita nak buat. nak beli baju baju, potong rambut ke, nak beli handphone baru ke, tak perlu mintak izin or nasihat pasangan. bukan dah sah suami kita atau isteri kita sibuk nak mintak izin bagai kan? BEBAS untuk buat apa sahaja tanpa perlu fikir komitmen yang ada. nak keluar lepak dengan kawan-kawan dan berkenalan dengan ramai kenalan baru juga tak perlu ada rasa risau pasangan kita rasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
siapa kata takde couple kita membosankan? banyak masa terluang itu boleh kita luangkan bersama rakan-rakan. pergi shopping sama-sama, tengok wayang ke, buat aktiviti berfaedah sikit kan? sekurang-kurangnya boleh erat kan lagi hubungan antara rakan-rakan. masa ni lah kita nak kenal siapa diri kita, siapa kawan-kawan kita. kalau dah sibuk couple, ada korang ingat kawan-kawan? ada masa nak lepak bersama?

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
kalau dah couple mesti tak lekat kat rumah kan? sekurangnya kalau jadi single, kita akan lebih banyak masa akan dihabiskan di rumah bersama keluarga. apa salahnya tolong ibu dan bapa dirumah, buat aktiviti bersama untuk eratkan lagi hubungan kekeluargaan? ada sentimental value yang tersendiri.

4. Kaut keuntungan dengan part-time
dah banyak sangat masa sebab takde couple untuk dating, mana tahu kita boleh kerja part time kan? tak pun cari side income lain dari kerja-kerja yang boleh dibuat dari rumah je ke? business apa-apa ke. blogging pun boleh lepas tu kenal kawan-kawan baru kalau pergi gathering ke mana-mana. mana lah tahu masa ni lebih ramai kenal kawan yang sama minat dengan kita?

5. Jimat kos
yang ni memang tak dapat disangkalkan lagi. kalau dah single serius kos hidup tak meninggi. cuma fikir kalau berdating setiap hari tak ke kos meningkat? nak kena bawak pasangan keluar makan, tengok wayang, duit minyak kereta lagi, shopping lagi, hadiah anniversary la hadiah hari jadi la macam-macam. bila dah single, kita boleh jimat kos dan simpan duit yang leih tu untuk kegunaan masa hadapan. boleh belanja untuk keinginan pelik-pelik seperti melancong bersama kawan-kawan, beli handphone baru, laptop baru, iPad ke apa kan?

6. Kurang beban tanggungjawab
kalau dah single, sememangnya akan kurang sedikit beban. tak perlu risau nak jaga hati pasangan ke, kawan-kawan si dia ke. tak perlu risau juga tentang penerimaan keluarga. lepas tu kalau dah single ni, memang takde beban nak pujuk pasangan merajuk atau pening pikir hari-hari nak bergaduh ke apa. apa yang penting, tanggungjawab untuk diri sendiri. semua keputusan terletak pada tangan kita sendiri.


nota kaki: heh, aku SINGLE ke? bai.




Wednesday, June 29, 2011

Untuk Awak.




Awak,

saya tidak pernah beritahu awak tentang sesuatu perkara yang saya sendiri tidak pasti sebenarnya. awak tahu ke apa perkara yang satu itu?


Awak,

saya bahagia bila awak kembalikan senyuman saya yang hilang itu. buat satu ketika, saya rasa awak akan buat saya tersenyum sampai bila-bila.


Awak,

saya gembira bila awak sentiasa ada untuk saya. bila saya perlukan awak, awak ada untuk saya. hingga saya terfikir, awak akan teman saya sampai akhir nafas saya.


Awak,

semua itu sementara. saya tahu pelangi yang tuhan cipta untuk saya itu indahnya sementara. saya tahu tiada pelangi yang akan kekal disitu. walaupun saya sentiasa berharap tuhan kurniakan pelangi kekal buat saya.


Awak,

saya rasa awak tahu perkara yang satu itu. yang saya sendiri takut. dan awak juga takut. pengalaman lalu mengajar kita perasaan takut itu. tapi awak tahu tak? semua orang layak diberi peluang kedua.


Awak,

terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. tidak kisah sama ada ianya sementara, atau selamanya. untuk awak yang saya kasihi, saya hargai awak ada dalam hidup saya ketika ini. 


apabila tiada hati yang faham tentang melankolik hati yang sedang melanda diri. jatuh tergadah di tempat yang salah tidak tersambut. aku tanya dalam diam, dengan mata pejam. wujud sunyi tanpa soalan dan jawapan dari sang pelangi. telanjang jiwa aku mengadap tuhan. sayu rindu, kecamuk hati yang satu.




Tuesday, April 26, 2011

Bila April



"Di mana ku letakkan jiwa ini... seakan berterbangan untuk mencari tempatnya. Hatiku kan selama memuja dan menyinta...kau kekasih ku hilang..."


Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..



APRIL'S CUPCAKE:


too many history happened from April 2006 untill April 2011. 5 years already, but still can't forget about it as we still close with each other. You are my bestfriend, my soulmate, my everything. Thank you dear, and I wish you good luck in your future. Congratulation for your new job. I wish that our friendship is last forever, MSA ♥

p/s: the chocolate cupcake and baby E72 like some symbolic that only I know what it is. =.=