BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 29, 2011

Untuk Awak.




Awak,

saya tidak pernah beritahu awak tentang sesuatu perkara yang saya sendiri tidak pasti sebenarnya. awak tahu ke apa perkara yang satu itu?


Awak,

saya bahagia bila awak kembalikan senyuman saya yang hilang itu. buat satu ketika, saya rasa awak akan buat saya tersenyum sampai bila-bila.


Awak,

saya gembira bila awak sentiasa ada untuk saya. bila saya perlukan awak, awak ada untuk saya. hingga saya terfikir, awak akan teman saya sampai akhir nafas saya.


Awak,

semua itu sementara. saya tahu pelangi yang tuhan cipta untuk saya itu indahnya sementara. saya tahu tiada pelangi yang akan kekal disitu. walaupun saya sentiasa berharap tuhan kurniakan pelangi kekal buat saya.


Awak,

saya rasa awak tahu perkara yang satu itu. yang saya sendiri takut. dan awak juga takut. pengalaman lalu mengajar kita perasaan takut itu. tapi awak tahu tak? semua orang layak diberi peluang kedua.


Awak,

terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. tidak kisah sama ada ianya sementara, atau selamanya. untuk awak yang saya kasihi, saya hargai awak ada dalam hidup saya ketika ini. 


apabila tiada hati yang faham tentang melankolik hati yang sedang melanda diri. jatuh tergadah di tempat yang salah tidak tersambut. aku tanya dalam diam, dengan mata pejam. wujud sunyi tanpa soalan dan jawapan dari sang pelangi. telanjang jiwa aku mengadap tuhan. sayu rindu, kecamuk hati yang satu.




5 comments: