BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 22, 2009

Cinta Jarak Jauh.

Photobucket


Bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh? ada yang boleh survive, ada yang kecundang. menangis, sedih, kecewa, gembira, sayang dan berbagai perasaan lagi yang hadir dalam cinta jarak jauh... cik eyra sertakan disini sedikit tips utk cinta jarak jauh. credit to majalah REMAJA!


Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyanyangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Walaupun si jejaka duduk jauh di utara semenanjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba lah cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, rancanglah untuk berjumpa jika ada sedikit kelapangan. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar
Setiap malam, sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia untuk tanyakan khabar. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan menghubungi kamu. Sudah pasti si dia akan berasa sukar untuk menghubungi kamu jikalau dia sahaja yang perlu hubungi kamu. Memang cinta memerlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak sahaja yang akan memberikan komitmen. Jadi, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun bersama-sama. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa sambil menyambut hari-hari istimewa tersebut bersama sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Setia walaupun jauh
Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa ini lah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begiu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang, ada juga yang sampai berpasangan dengan sahabat disebabkan terasa sunyi. Setia lah pada pasangan anda walaupun jauh.

Jarak bukan pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudha pasti kita akan terasa sangat kerinduan iu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta kamu. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan kamu lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu. Jadikan ia sebagai sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.






No comments:

Post a Comment